lupakah kita kepada sebab musabab mengapa ALLAH S.W.T mengajar agar dalam pergaulan ini biar ada batasan?ayuh kita pulang sejenak kepada firman-Nya:
Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta daripada mereka,maka minta mintalah kepada mereka dari sebalik hijab .cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka ."(al-Ahzab:53)
hijab itu membawa pengertian batas tingkah laku yang mengehadkan pergaulan kitahijab yang membataskan pandangan dan pengamatan ,hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu ,kehendak-kehendak ALLAH menjadi pagar antara keduanya.
apa tujuan untuk semua itu?
inilah yang gagal di fahami oleh kaum yang bijak pandai ini.mereka berdolak-dalik tentang alasan alasan sosial serta maslahah awam ,serta tidak segan silu mencari hujah-hujah yang berkonontasi agama untuk menolak keperluan batas-batas ini.
"kamu tak baca ke apa yang dia hantar dalam SMS ini?
"dia hantar hadith,kau tahu tak ?bukannya lirik lagu anuar zain!"tegas seorang ukhti
beliau sedang 'mencanak naik iman'selepas menerima SMS pada jam 5 pagi tentang fadilat qiyamullail dari jejaka seperjuangannya.namun akhirnya segala itu hanyalah sebuah kedunguan. berlakon bijak,bermain-main dengan tuhan.sedangkan ALLAH SWT memerintahkan kita menjaga batas ini adalah untuk mengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.iaitu soal HATI!
akal itu menteri,rajanya adalah hati.mulut kalian tidak menyebut tetapi ALLAH mendegar debar rasa disebalik pergaulan itu. tubuh kamu tidak menampakkan calar tetapi ALLAH melihat kesan-kesan luka panahan iblis yang menembus daging dan tulang-temulang jati dirimu.
kamu BIJAK SINI tetapi ALLAH itu BIJAK SANA.maha bijaksana !
ALLAH memerintah kamu bercinta secara manusia berpaksikan taqwa, namun segelintir kamu mengundang sumpahan cinta kera berbunga dosa.tersungkurlah kamu penuh kehinaan di lembah teori evolusi cinta.(PETIKAN BUKU AKU TERMA NIKAHNYA2-BERCINTA SAMPAI KE SYURGA -H ASRIZAL ABDUL JAMIL ) petikan ini tidak sepenuhnya.
Apabila saya membaca buku nie membuatkan saya terfikir bahawa betapa jahilnya kita tanpa sedar kita kadang kala mempermainkan agama .sekadar mengigatkan diri dan teman teman
No comments:
Post a Comment